Majlis Chukor Jambul Muhammad Zahryn
Filed Under :
Majlis cukur jambul Zahryn
by badr_mbo
Wednesday, July 21, 2010
Atok (penulis) gunting rambut Zahryn
Lena nampaknya Zahryn ni walaupun orang tengah merhaban tu
Walaupun dah hampir dua tahun umur chuchu Atuk ni rasa nya tak terlewat atok masukkan gambar gambarmu dihari chukor jambul tu ia itu9.8.2009. Walau dah hampir dua tahun masih lagi dalam ingatan semua keluarga.
Majlis tersebut meriah sekali diadakan di rumah keluarga 142 Jalan Tabah Kampung Melayu Batu 16 Rawang. Di iringi dengan Kumpulan Merhaban Laki laki dari Country Home. Jamuan di masak sendiri oleh keluarga yang paling special ialah MeeHon Soup JJ.Pakar masak soup spcial. dan lain lain termasuk pulut kuning dan rendang Wan Uda Nani ( beliau ni ada jamuan selalu buat pulut kuning ).
Ramai tetamu yang hadhir terdiri dari keluarga murid murid yang menaiki bas Jos .Murid dari tahun satu hingga tahun enam.Aku amat gembira kerana sepupuku Abdul Majid Baharom ,isteri , dua anak perempuan dan menantu lelakinya sudi datang sama meraikan majlis yang sederhana itu.Ribuan terima kasih ku ucapkan .
Majlis diadakan pukul 3 petang dan tamat pada waktu asar lebih kurang pukul 5ptg.
Ribuan terima kasih ku ucapkan bagi pihak keluargaku untuk semua kakak, adik-adik dan iparku kerana sama-sama memberi sokongan pada majlis tersebut.
2 comments:
Assalamualaikum Adinda Badrin,
Syabas kerana berjaya mempersembahkan satu entri menarik dalam blog yang cantik. Tahniah juga atas kejayaan majlis cukur jambul Muhammad Zahryn itu. (Tak kira le dah lama atau baru diadakan ... Janji baik!)
Cuma ada sedikit pembetulan fakta yang Badrin mungkin terlepas pandang. Pada hari tu, Uda datang berlima orang ke majlis cukur jambul tu. Uda bersama isteri, dua anak perempuan dan seorang menantu lelaki.Tak jadi hal sangat,hanya sebagai info tambahan yang lebih tepat.
Tetapi kalau boleh ... ejaan nama Uda tu ... kasi "repair" sikit le. Sepatutnya Abdul Majid Baharom. Itu "Majud" kasi ganti le, he he.
Seperkara lagi Uda nak beri tahu ... Uda dah petik lakaran peta Lubuk Sikaping dan Salasilah keluarga Tok Said daripada entri dalam blog adinda ini. Terima kasih diucapkan.Petikan itu Uda gunakan sebagai info tambahan dalam entri "Pertalian Keluarga Seberang" bawah label Keluarga Seberang yang tebit dalam blog Uda, dsuarang.blogspot.com pada 12 May 2010.
Akhir kata salam kepada seisi keluarga. Do keep in touch.Hidup PTS.
Assalamualaikum,
Pertama: terima kasih kerana sudi baca dan comment blog adinda maklumlah baru belajar .Dah betulkan nama dan jumlah tu.Minta maaf ya dinda terlepas pandang maklumlah dah tua.Bahasa pun tak berapa bagus.
Kedua : Nak ucap selamat menjalani ibadah puasa.
Ketiga : Tahniah dah dapat cucu baru.
Sekali lagi dinda ucapkan terima kasih.
Post a Comment