19 July 2010
Macambiasa kelana bangun jam 5.45pagi.Sudah 4 bulan Kelana tak dapat pergi berjemaah di Surau kerana Kelana selalu hendak buang ayer kecil.Kelana rasa tak selesa .Ada orang cakap batu karang dan ada pula kata phrostat.Kelana dah pergi jumpa doktor panel dan beliau memberi ubat 'Renal Stone' untuk mencairkan ayer kencing.Kelana dah cuba tetapi masih sama, kerap kencing.Dah cuba ubat herba buatan Malaysia ,Australia dan India.Kelana rasa ada sedikit perubahan, itu pun cuma 20% saja.Sekarang Kelana amalkan banyak minum ayer kosong sebagaimana yang di nasihatkan oleh anak Kelana iaitu Jaam ( Mohd Jaamia' Qaadir).
Semoga Allah Taala memakbulkan niat dan doa Kelana untuk sembuh supaya dapat Kelana berjemaah dan menuntut ilmu di Surau-surau untuk bekalan akhirat. Memang betul dan tepat Surah Al Asr.( Demi masa). .Kelana berdoa agar anak-anak dan isteri ambil peluang ini,
Jangan tunggu lagi sehingga!!!!!!!!!!!
1.Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Senang sebelum susah
4.Kaya sebelum miskin
5.Hidup sebelum mati
Oleh itu beribadat dan beramallah sebanyak mungkin untuk mendapat keradhaan Allah sebelum kita dijemput menghadap Ilahi.
Di waktu subuh Kelana dapat juga membaca surah Yassin sebanyak 10 kali ,itu pun dengan beberapa kali mengambil air udhu ,tapi Kelana bersyukor dapat juga meneruskan pembacaan sehingga 41 kali sebelum waktu Isya' .Alhamdulillah Ya RabulAlamin.
Jam 11pagi Kelana membantu anak ketiga JJ memotong timun dan mericikkannya.Anak Kelana ni lain cita2-nya. Beliau berilmu dan ada Diploma Chef , ada Sijil Kontractor binaan bangunan CIDB , Sijil MLVK dan juga Sijil wiring 3 phase.Beliau lebih minat berniaga makanan.
Dahulu beliau telah bekerja di syarikat Malay Holding ( Food Manager ), bekerja sebagai Chef di Hotel-hotel dan pernah mengajar di kolej Inforana Terengganu. Banyak pengalaman di bidang bersangkutan dengan pemakanan.
Semua pekerjaan itu boleh bertahan kurang dari setahun kemudian berhenti kerana bosan dikongkong.Beliau lebih minat bekerja sendiri dan bebas mengeluarkan idea sendiri serta pendapatan akan bertambah jika usaha kita lebih kerana rezki tu semua dari Allah.
Beliau mengambil keputusan berniaga sendiri dengan membeli van Pasar Malam dan menghiasnya sediri .Beliau menjual Kebab ( sebelum ni menjual wedges, burger dsb).Penjualan dilakukan disekitar Selangor .Alhamdulillah beliau mampu berdikari ,bersolat, berzakat,bersedekah dan mengenali kerenah manusia.Dapat mengajar erti kehidupan dan kesabaran, Disamping faham apa itu 'Pengurusan Masa (Time Management).Terlepas masa tidak boleh di ambil kembali akan merugikan kita.Sebagai bapa Kelana bersyukor kepada Allah SWT apa yang telah dikurniakan.
Jam 1.30pagi hingga 3.00 ptg Kelana banyak menghabiskan masa dengan membaca Yassin .Kelana jarang makan pada masa yang tetap saperti apa yang kelana bekerja dahulu . Entah mengapa sekarang Kelana makan ikut 'mood'. Sementara menunggu Asar Kelana lipat kain jemuran. Kami cuma ada 4 orang saja yang tinggal tetap di rumah ini tetapi kain baju yang di jemur bak keluarga yang besar. Apa tidaknya isteri kesayangan Kelana orangnya sangat 'concern'tentang kebersihan.Jamgan ada peluh sikit maka pakaiannya ditukar yang baru ."Al kisah masih Kelana ingat lagi semasa beliau kerja dulu balik tengah hari mesti mandi sebelum solat Zohor dan terus tukar baju lain.Katanya biar baju lama tetapi bersih".
Kebersihan itu disukai Allah.Oh ya tentang kebersihan tadi selain pakaian begitu juga dengan cadar,sarong bantal,selimut ,'towel' dan macam macam lagi kerap di basuh .Itu lah sebabnya macam keluarga besar.Bil air pun Rm100++ sebulan dan bil api Rm80++ sebulan tetapi Kelana tetap bahagia .
Bil-bil tu semua anak ketiga Kelana (JP) yang jelaskan .Beliau bekerja di Syarikat Telekom Sungai Buloh sebgai Pegawai Teknik.Beliau ni suka bekerja'Workerholick' kadang kadang balik rumah pukul 10mlm~11 mlm.Beliau tak banyak cakap tapi banyak kerja macam orang Jepun le.Anak Kelana nni lagi bersih dari ibunya.Bayangkan kalau mandi 1/2 jam dah tentu.Beliau selalu melapikkan kain apabila buka suis lampu atau buka pintu biliknya.Bila ditanya ada 'Resin'.
Lepas Asar barulah Kelana minum petang dan meaton.Kalau di fikir-fikirkan betapa ruginya masa Kelana terbuang begitu sahaja.Masa itu Kelana tak faham apa itu " Surah Al Asr".
Sebelum magrib Kelana dah bersedia membaca Surah Yassin sebelum Azan, masuk ka waktu Isya' Kelana dah dapat membaca 41 kali Surah Yassin. Lepas waktu Isya' Kelana buat sembahyang hajat. Jam 10 malam Kelana makan kudap-kudap sambil menonton Tv dan menunggu anak Kelana balik dari berniaga.Kelana menunggu bukan apa, selain dari bertanyakan kesihatan dan keselamatan nya Kelana suka sangat mengira wang perniagaan nya, Kira seronok tau dah jadi routin harian le...Selepas itu Kelana pun melabuhkan dan berdoa agar esoknya dapat berjumpa lagi.
20/07/10 Hari ini 8 Shaaban dekat lagi bulan Ramadhan. Memanglah bulan Shaaban ini bulan kelapan dari tahun Kamariah yang bilangan harinya 29hari.Bulan Shaaban adalah bulan yang sangat banyak amal kebajikan yang boleh diperolehi oleh orang-orang yang mengambil berat.Salah satu amalan dalam bulan Shaaban ialah memperbanyakkanuk taubat oleh kerana Allah SWT memberi kesempatan dan membuka pintu taubat untuk hambanya yang lemah.Memperbanyakkan doa dan membaca selawat kapada Rasullullah SAW dan berpuasa sunat.Yang paling baik dalam bulan Syaaban ialah menghidupkan malam Nisfu Syaaban ( malam pertengahan dri bulan Syaaban ).Hadis didalam kitab Durattun Nasihin menyebutkan yang ertinya : " Jibril telah datang kapadaku pada malam Nisfu Syaaban dan berkata ; " Hai Muhammad pada malam ini pintu-pintu langit sedang di buka oleh itu bangun dan kerjakan solat dan angkat kepalamu serta kedua tanganmu ka langit"
Pada waktu subuh Kelana terpanggil untuk membaca ayatul Kursi sebanyak 41 kali.Alhamdulillah dapat Kelana kerjakan.Salepas sarapan pagi Kelana makan 'Herba' maklumlah penyakit selalu nak buang air kecil.
Kelana membantu memeriksa minyak hitam ,air dan sebagainya sementara dia mandi dan bersiap nak pergi kerja.Pada masa ni hanya 2 orang anak sahaja yang tinggal di rumah ( anak no.2 dan 3). Anak sulong dah berkeluarga dan tinggal di Taman Jati.Beliau dikurniakan dengan anak lelaki (cucu kesayanganku).Anak ke-4 tinggal di Pulau Pinang.Beliau bekerja di USM sementara nak menyambung pelajaran PHD di sana atas tajaan UITM ( Program Tenaga Pengajar Muda -bagi Ist Class Honour sahaja).Dalam pada itu beliau dapat tawaran JPA bagi melanjutkan pelajaran Master di Melbourn Australia.Sebelum ini tawaran JPA tu ditangguhkan dan ini kali kedua JPA membuat 'confirmation'.Beliau telah membuat keputusan untuk menyambung PHD terus di USM .Apa apa pun keputusan nya ini adalah yang terbaik bagi beliau.Beliau dah berdikari dari kecil lagi Form one dah belajar tinggal di-asrama hingga lah sekarang .Alhamdulillahalan semua nya berjalan lancar.
Anak bongsu tinggal di Shah Alam masih menuntut di MSU dalam jurusan Hospitality And Tourism.Beliau nampak gembira dengan jurusan yang yang di ambil .Kelana memberi kebebasan kepada anak anak untuk membuat keputusan tetapi terlebih dahulu mestilah berbincang dengan ibu bapa sebelum sebarang keputusan di buat..
Talipon berdering. Kebetulan kelana berada dekat talipon , Kelana menjawabnya dengan tuan rumah , yang anak Kelana menyewanya.Anak Kelana bercadang membeli rumah di kawasan ini sebelum beliau mendirikan rumah tangga.Kelana dan ibunya memberi sokongan penuh dan berdoa atas kejayaan nya.Apa lagi yang harus ibu bapa buat selain berdoa.Kelana tak kesah apa yang anak anak buat asalkan yang halah dan tidak melanggar undang undang dunia dan akhirat.Kelana terbaca satu surah yang menceritakan Qiamat.Sungguh gerun dan mula bercongak congak betapa kerdilnya hamba Allah ini.Kelana berkesempatan membaca surah Al-Qari'ah.Intisari yang boleh Kelana petik di sisi berbunyi menggambarkan peristiwa pada hari Qiamat, hari manusia jadi saperti kelkatu yanag berkeliaran ,dan gunung gunung menjadi bulu yangberterbangan.Kemudian Allah Taala menerangkan 'setelah berlaku yang demikian maka manusia akan di berikan tempatnya mengikut amalan masing-masing.Ada pun orang yang berat timbangan amal baiknya,maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya maka tempat kembalinya ialah ' Hawiyah ' ia itu api neraka yang membakar.Surah ini selalu Kelana bawa dalam Solat Fardhu..
Hari hujan renyai renyai dan Kelana teringat masa muda dulu betapa sedihnya hati kerana tak dapat bermain bola tampar tapi apabila dikenangkan sekarang betapa bodohnya Kelana ,kerana tak terfikir rahmat Allah. Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.( Allah Innakalabilmirsad) .Jahil betul Kelana.Ampunkan lah dosa hambaMu ini ya Allah ya Rabb.Pada pukul 9 malam anak kedua Kelana JP balik dengan selamat,Syukor Alhamdulillah .Kelana sekarang ni rasa pelik ,bila tiada anak depan mata Kelana rasa gelisah Agaknya Kelana dah tua kot. Tak lama selepas itu anak ke tiga Kelana JJ yang berniaga tu pula balik.Kerja yang paling Kelana seronok buat apabila anak meminta Kelana mengira wang perniagaannya.Bukan apa, Kelana cuma nak tahu betapa hebatnya berniaga daripada makan gaji.Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa rezki yang berkat boleh di nisbahkan 9/10 perniagaan dari makan gaji.Kadang kadang Kelana terfikir juga rupa rupanya anak yang ini lebih mengetahui daripada Kelana tentang rezki yang berkat lagi halal.Selepas mengerjakan solat Kelanan pun melabuhkan tirai. Jumpa lagi esok InsyaAllah.
Hari ini 9 Shaaban 1431 bersamaan 22/07/10. Selepas subuh Kelana bermunasabah diri di atas tikar sembahyang Hujan mula turun, suasana sejuk dan sunyi.Kelana teringat betapam masa berjalan dengan cepatnya.Kelana rasa baru sangat Kelana bersara. Diam tak diam sudah 6 tahun Kelana bersara.
Kelana sangat beruntung mendapat isteri yang tersayang Kelana rasa tiada isteri yang boleh berkorban saperti beliau ,tiadak ada .Isteri Kelana ibarat lilin yang member cahaya kepada Kelana dan anak anak. Isteri Kelana mempunyai Diploma Electrical Power pada tahun 1975. Beliau telah ditawar oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti Portmouth United Kingdom.Beliau telah menolak tawaran kerana KASIH suami dan ibu yang sakit dimasa itu.Ibu isteri Kelana banyak berkorban dan membesarkan anak sejak umur 3 bulan isteri Kelana , beliau telah ditinggalkan oleh suaminya .Isteri Kelana tidak merasai kasih sayang seorang ayah sehinggalah kami bernikah.
Isteri Kelana pernah makan nasi kerak yang direndam .Rumah berdindingkan tepas(buloh).Sayu Kelana mendengarnya .Pada masa mula Kelana mengenalinya Kelana merasa sungguh sayu dan belas.Kelana pun bukan nya orang senang tetapi ada lagi orang yang susah, sebab itu Kelana fikir dia sanggup menjadi lilin untuk menerangi orang lain.Kerana tidak mahu suami , anak anak dan ibunya susah lagi.Kelana bersyukor dapat berkahwin dengan nya walau pun cara untuk menikah dengan nya sungguh berliku liku. Memang sangat sangat penting ilmu dan ketaqwaan. Maksud Kelana ilmu keugamaan.Kelana pula di perbesarkan berorientedkan kebaratan dan keMelayuan sedikit.Entah kemana hendak di tuju. Kelana tidak menyalahkann sesiapa.Kelana percaya pada Qadha’ dan Qadar. Sudah tertulis di Luhmahfudz. Pepatah ada mengatakan ‘ Beraki rakit kehulu dan berenang renang ketepian’ tetapi Kelana mengambilnya saperti sebaliknya.Banayak kali Kelana menitiskan air mata mengenangkan nya.Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini dan terhadap isteri a, anak anak, saudara mara dan masyarakat.Kelana ingin menebus segala dosa yang termampu. Sedar tak sedar jam dah dekat pukul 11 pagi. Kelana mericik timun untuk persiapan perniagaan anak.Hujan dah berhenti.Isteri kesayangan menyediakan makanan dan kami makan bersama.InsyaAllah kami akan bersama sehingga akhir hayat.Kelana terbaca Surah Almasoad yang member infak yang besar kapada Kelana.Intisari kandungan Surah ini member pelajaran kapada sesiapa yang memusuhi apa yang telah di turunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad SAW, kerana menurut hawa nafsunya dan mengutamakan kepercayaan adat istiadat dan perbuatan perbuatan yang salah yang biasa di lakukan turun temurun,dan juga kerana terpedayanya dengan harta benda dan kuatkuasa serta pengaruh yang ada pada nya,padahal semuanya itu tidak akan memberi sebarang faedah kepadanya pada hari Akhirat,bahkan akan ia akan menderita azab sengsara.Ayat ini Kelana pelajari dengan arwah Ustaz Yusoff di Taiping.Nampak mudah di baca tetapi isinya satu hari pun tak cukop penerangan nya.
Pada waktu petang isteri Kelana menggoreng keropok. Ia tahu kegemaran Kelana.Maklumlah! Kami makan bersama sambil mendengar pengajian kitab Bahrulmazi yang di sampaikan oleh Ustaz Syamsuri di Internet. Semasa Kelana bekerja Kelana telah mengikuti pengajian nya.Kelana beli kasetnya dan banyak terhimpun di rumah.Ustaz Syamsuru simple orangnya dan beliau mengajar tanpa tekanan.
Semasa di taiping Kelana berguru dengan ramai guru Agama ia itu Ustaz Zakaria ,Ustaz Yusoff (arwah),Ustaz Jailani , Ustaz Othman dan banyak lagi ustaz yang masih hidup mahu pun sudah meninggal.Alfatihah…..Alhamdulillah Kelana bayak belajar semasa di Taiping daripada Zero sampailah sekarang yang mampu memperbetulkan diri sendiri InsyaAllah.Kelana masih perlu banyak belajar lagi.Kelana tersentak mendengar deringan talipon ,rupa rupanya adik adik Kelana diRawang menjemput Kelana seisi keluarga buat bacaan tahlildi rumah 142 Jalan Tabah ,Rawang sambil menyambut ketibaan bulan Ramadhan.InsyaAllah kalau badan sihat sampailah jkami.Sebelum melabuhkan tirai kelana baca 7 ayat Kursi dan 3 qul serta berdoa dijauhkandari iblis syaitan.Wassalam.
23/7/10 Subuh jumaat yang sunyi.Malam tadi kelana tak lena tidur.Kerap bangun buang ayer kecil dan entah kereta siapa alarm nya berbunyi.Kelana mengintai diluar dan tiada apa yang mencurigakan. Jam 9 pagi kelana dan isteri pergi ka Shah Alam mengambil anak kelana.Beliau tiada kelas.Kelana singgah dipasar beli makanan yang digemari anak kelana.Lepas sembahyang jumaat,kelana isteri dan anak pergi shopping.Anak kelana hantar kelana dan isteri ka rumah 142,Batu 16,Rawang kerana lepas maghrib kami akan adakan bacaan yassin dan tahlil sambil berdoa sempena menyambut puasa dibulan ramadhan.Semua keluarga berkumpul kecuali yang tak berkesempatan. Kelana yang tua ini mengimamkan majlis.Selepas waktu Isyak kami makan bersama sama sambil berbincang tentang keluarga. Keluarga penting.Sakiranya pincang kelurga pincanglah silaturahim.Kita tidak boleh hidup bersendirian.Kita perlu berkeluarga.Dengan itu wahai pembaca blog ini;mari lah kita berkeluarga.kerana tiap tiap majlis yang hendak dikerjakan kita perlu bermesuarat saperti yang dituntut disurah Asy SYura yang berbunyi: diantara sifat sifat orang orang yang beriman yang terpuji dan diredho Allah Taala ialah amalan mereka bermesuarat sesame sendiri apa bila mereka hendak menjalan kan sesuatu urusan.Jam sudah pukul 11 malam,anak kelana menghantar kelana dan isteri balik ka rumah kelana ditasik putrid.Salepas berehat dirumah kelana,anak kelana pun balik lah karumah nya dirawang dan Kelana pun melabuhkan tirai.
24/7/10 Saperti biasa kelana membantu isteri mengemas rumah dan kerja rutin nya menjemur kain. Jam10 pagi anak,menantu dan cucu kelana datang melawat kami disini.Kelana sungguh gembira lebih lebih lagi dengan cucu kelana.Cucu kelana baru 1 tahun setengah dah pandai bermain.Dia dah boleh berlari dan suka main bola dan kereta.Dia belum boleh bercakap tetapi sudah pandai mengajuk atuknya ketawa.Terlintas dihati kelana dan menyatakan ini lah zuriat yang Allah SWT sebut2 kan dan memerentah kita corak kan nya secara muslimin yang baik .InsyaAllah kami akan mencorak kan nya menjadi muslimin yang baik.
Kelana beli durian dan meminta isteri kelana buat pengat durian dan bolehlah kita makan bersama2.Shukur kita kehadhrat Allah SWT makanan yang disedia kan sungguh lazat.Depan rumah kelana ni ada padang mainan kanak2Pada waktu petang ramai budak2 bermain dipadang itu. Tidak ketinggalan cucu kelana.Mama nya membawa cucu kelana beriadhah dipadang. Pada waktu malam kami makan bersama dengan anak menantu.Menantu kelana ini,orang nya unik.Beliau berasal dari Tampalori,Sabah dan dulu berugama kristian.Kelana dan isteri telah mengislamkannya dipusat Islam Kuala Lumpur.Kelana dan isteri mengajar beliau mengaji,sembahyang,puasa dan lain2 hukum islam.Beliau ni terang hati.Allah Taala buka kan hidayahnya.Rupa2nya beliau membaca banyak buku mengenai islam.Maklum Diploma holder bahagian scycology.Bahasa tuturannya ialah bahasa Dusun.Beliau telah dinasihatkan supaya jangan lupa ibu dan ayah nya.Nampaknya keluarganya menerima baik anak kelana.Kelana menasihatkan anak dan menantu kelana supaya memahami surah AL Kafiruun yang menegaskan amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik.Juga mengingatkan kita supaya tetap diatas dasar tauhid dan cara2 beribadat menurut yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW sekalipun banyak godaan dan tipu helah pihak musuh2 Islam dan orang2 yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng dari jalan yang benar.Jam 10 malam anak,menantu dan cucu balik kaRawang.Jam 11.30 kami pun berlabuh.Inshallah jumpa lagi esok.
24/7/10 Saperti biasa kelana membantu isteri mengemas rumah dan kerja rutin nya menjemur kain. Jam10 pagi anak,menantu dan cucu kelana datang melawat kami disini.Kelana sungguh gembira lebih lebih lagi dengan cucu kelana.Cucu kelana baru 1 tahun setengah dah pandai bermain.Dia dah boleh berlari dan suka main bola dan kereta.Dia belum boleh bercakap tetapi sudah pandai mengajuk atuknya ketawa.Terlintas dihati kelana dan menyatakan ini lah zuriat yang Allah SWT sebut2 kan dan memerentah kita corak kan nya secara muslimin yang baik .InsyaAllah kami akan mencorak kan nya menjadi muslimin yang baik.
Kelana beli durian dan meminta isteri kelana buat pengat durian dan bolehlah kita makan bersama2.Shukur kita kehadhrat Allah SWT makanan yang disedia kan sungguh lazat.Depan rumah kelana ni ada padang mainan kanak2Pada waktu petang ramai budak2 bermain dipadang itu. Tidak ketinggalan cucu kelana.Mama nya membawa cucu kelana beriadhah dipadang. Pada waktu malam kami makan bersama dengan anak menantu.Menantu kelana ini,orang nya unik.Beliau berasal dari Tampalori,Sabah dan dulu berugama kristian.Kelana dan isteri telah mengislamkannya dipusat Islam Kuala Lumpur.Kelana dan isteri mengajar beliau mengaji,sembahyang,puasa dan lain2 hukum islam.Beliau ni terang hati.Allah Taala buka kan hidayahnya.Rupa2nya beliau membaca banyak buku mengenai islam.Maklum Diploma holder bahagian scycology.Bahasa tuturannya ialah bahasa Dusun.Beliau telah dinasihatkan supaya jangan lupa ibu dan ayah nya.Nampaknya keluarganya menerima baik anak kelana.Kelana menasihatkan anak dan menantu kelana supaya memahami surah AL Kafiruun yang menegaskan amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik.Juga mengingatkan kita supaya tetap diatas dasar tauhid dan cara2 beribadat menurut yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW sekalipun banyak godaan dan tipu helah pihak musuh2 Islam dan orang2 yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng dari jalan yang benar.Jam 10 malam anak,menantu dan cucu balik kaRawang.Jam 11.30 kami pun berlabuh.Inshallah jumpa lagi esok.
25/7/10 Hujan mula turun waktu subuh tapi tak lebat.Cukup seronok bagi orang yang kaki tidur.Pada waktu pagi kami makan nasi goring yang disediakan oleh isteri yang tersayang.Kelana mericik timun untuk anak bawa berniaga.Pada hari ini anak kelana yang bongsu hendak balik ka condo nya sebab hari isnin dah mula college.Anak kelana tidak berniaga hari ini sebab hari hujan dan beliau menghantar adiknya ka Shah Alam.Beliau pergi tiga beradik.Hari masih hujan.Kelana mengingat kan anak2 solat dan sebagainya.Sakira anak2 kelana bersempatan membuka blog kelana baca lah surah AT TIIN.Intisari kandungan nya: menerang perihal manusia dan menegaskan bahawa Allah Taala telah menciptakannya dalam bentuk sebaik2nya.Kemudian jika manusia panjang umur sahingga tua atau menyalah gunakan kelengkapan itu, Allah kembalikan dia serendah2 peringkat orang2 yang rendah kecuali orang2 yang beriman dan beramal saleh,maka beroleh pahala tidak putus.2. Yakni orang2 yang beriman yang semasa mudanya tetap menyerahkan amal2 yang salih apabila ia menjadi tua nyanyuk-tak dapat berbuat lagi demikian,maka Allah Taala perintahkan supaya dituliskan pahala amalan yang biasa dikerjakannya dahulu,sekalipun ia tidak dapat mengerjakannya lagi dalam masa tuanya. Satelah itu Allah Taala menujukan amaran Nya kepada manusia yang ingkar{jika demikian kekuasaan Ku}maka apa pula menjadikan engkau saorang pendusta,{bercakap tidak benar}mengenai hari pembalasan sesudah {ternyata dalil2 yang membuktikan kekuasaan Ku mengadakan hari pembalasan}itu?”bukan kahAllah {yang demikian kekuasaanNya}seadil2 hakim?
Anak kelana balik jam 10 malam beli macam2 makanan.Kami makan bersama.Jam 12 malam kelana pun berlabuh.
26/7/10 Semasa kelana bekerja dahulu apabila tiba hari Isnin longlai rasa tubuh badan,tiada mood dan sebagainya.Kelana fakir itu bagi orang yang malas.
Salepas minum pagi kelana rasa mengantuk sangat.Kelana tidur satengah jam lagi untuk memberi tenaga kepada kelana.Kelana dan isteri bercadang hendak pergiRawang tetapi kereta anak kelana rosak. Hasrat nak ke Rawang kami batalkan.Anak kelana pandu keretanya perlahan2 ka bengkel kereta.mekanik itu menghantar anak kelana balik kerana anak kelana nak berniaga.
Sabenarnya manusia ini telah diberi berbagai2 ujian.Kita kena akur ujian itu. Kalau berkesempatan bacalah surah Al Insaan yang menerangkan asal usul kejadian manusia dan tentang ujian yang dikenekan kepadanya dengan kewajipan2.Oleh sebab itu ia telah dilengkapkan dengan panca indera untuk mendengar nasihat pengajaran dan menyaksikan dalil2 dan bukti. Memandangkan keadaan itu tidak mencukupi maka Allah Taala telah menunjukkan kepadanya melalui akal dan rasul-jalan2yang benar dan salah. Dengan yang demikian terserahlah kepadanya samada ia bersyukur dengan beriman dan taat atau pun ia kufur ingkar.
Satelah makan tengah hari anak kelana pergi berniaga dan kami suami isteri bersembang sahingga waktu asar.Isteri kelana yang disayangi menjahit seluar anak2. Isteri kelana pandai menjahit.Kami sekeluarga suka jahitannya dan kami selesa pakai pakaian yang dijahit berbanding dengan kedai.Banyak kebolehan isteri kelana yang disayangi ini.
Jam 10 malam anak kelana balik dari berniaga.Lepas itu anak kelana yang bekerja di Sungai Buluh tu balik membawa keretanya. Tak lama kemudian kelana pun berlabuh.