Kelana Perantau

Corat coret Perantauan Penulis bagi mengisi masa terluang.

Hari Raya Aidil Fitri



















Lagi gambar Raya 2010






Assalamualaikum dah lama tak tak santai kat blog ni. Sibuk memanjang saja.Hampir terlupa nak masukkan gambar Raya yang tak habis lagi di perlihatkan.

Hari Raya Puasa (AidilFitri/ Idulfitri )

Keluarga Tok Osman Said (tak complete )

Dari kiri : Norlin,Badrin(kelana),Roslina,Rosnani,Dr Rosma,Azian,Azli,Amrina

Nani,Yong Lin,Lina,Yan,Kay,Dr Rosma,Amrina

Amrina & Hamdan's Family

Azlee & Kay's Family

Azian's Family (not include Wawi )

Nani & Mat's Family

Lina's Family (not include Aiz ,Hafiz & Adam)

Badrin & Chik' Family ( not include Rafiq-demam )


Hjh Norlin & Hj Wahab's Family (not include Azad's Family- beraya di Sabah)

Hari Raya pertama ka rumah kak Norlin.Berkumpul semua keluarga menjamu selera dan bermaaf maafan.Anak bongsu Rafiq pula demam di pagi Raya. Kesian beliau berhari Raya di rumah sehingga lah hari raya ke-4. Hari raya ni keluarga arwah Azlan tiada kerana berhari raya dengan keluarga nya. Saya bagi pihak semua keluarga mengucapkan Selamat Berhari Raya Maaf Zahir dan Batin kapada semua keluarga dan Warga PTS juga kapada semua yang melayari Blog saya ini.

Zahryn siap nak pergi 142 malam raya

Atuk nak pergi sama

Papa , Mama bersiap dah nak keluar rumah (Opah jadi camera w'man le )
Kesian Opah selalu tak ada gambar

Dah lebih seminggu berhari raya .Begitu juga lah blog ni tak di update kerana kesibukan .
Ingin juga dipaparkan majlis berbuka puasa dan tahlil di Malam Raya pada hari khamis malam jumaat secara ringkas.

Majlis berbuka Puasa di d'Suarang AU3

28 Ogos 2010

Majlis berbuka puasa di rumah saudara pupu Abdul Majid Baharum.Kami pergi berempat iaitu aku isteri, Wahab dan Norlin .Syukur Alhamdulillah kami sampai juga kerumahnya sebelum waktu berbuka puasa.Ini bagi mengeratkan semangat Pts yang telah pun di tubuhkan oleh arwah ayah kami . Saya ucapkan ribuan terima kasih kapada semua yang terlibat dalam mengelolakan Pts ini terutama abang Majid dan keluarga, pak Anjang Lokman dan keluarga serta Pak Uda Nazar yang bersusah payah ingin menyemarakkan kembali PTS ini.

Kapada semua yang membaca blog saya ini untuk PTS yang lebih lanjut silakan ka blog d'Suarang.
Abang Majid semestinya di beri penhormatan kerana mengujudkan blog yang hebat untuk kita mengetahui perkembangan PTS.

Saya bagi pihak semua keluarga termasuk keluarga pihak arwah Azlan Osman mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah di berikan kapada keluarga beliau melalui Yong Norlin pada hari tersebut.Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa tuan dan puan.

Anak siapa le ni ya

Hai anak sape le ni ya.


Sebenarnya ini lah gambar Badrin dan Norlin masa kecil saja ku selitkan untuk kenangan maklumlah sekarang dah masing masing umur 60an.

Am balik Penang dah. Awat cepat nya?

31 Ogos 2010

Jaam balik ka Penang lebih kurang pukul 11.30am bertolak dari tasik Btp.Singgah kat Gunung Rapat Ipoh drop kawan Adam dan sampai Penang 5.30pm.Alhamdulillah...

Afiq balik Shah Alam

29 Ogos 2010

Afiq balik ka Shah Alam Jaam tolong hantarkan. Agak boaring le tu cepat cepat balik. Tak apale Dia masih belajar lagi.

27 Ogos 2010

Diadakan Majlis berbuka Puasa secara sederhana di Rumah Btp .Dihadhiri Yong & suami dan cucu. Nani & suami , Lina bersama putera puterinya Faiz & Junieza ,Dr Rosma, Yan dan puterinya Adik Nurul Hidayah ,Amrina ,suami dan 3 orang puterinya ia itu Nasuha, Nabiha & NurAdibah. Dek Dot Dan Hakim( ini wakil Azli le0, juga Zahim (anak arwah Eddy).

Jaam pula balik dari Penang dengan kawan nya baru balik cuti dari Manipal U India,
Afiq balik waktu pagi kami ambil dari Shah Alam.Semua Anak-anak sama sama ada Jos & Ryn ,Zahryn,Jp,Jj,Jaam dan Afiq.

Di sebabkan kesibukan terlupa nak ambil photo. Aduh sedih juga tiada kenangan......

Pukul 7 ptg majlis Tahlil Arwah kemudian berbuka puasa, solat magrib Isya' dan Solat Tarawikh diakhiri dengan "more".

14 Ogos 2010 hari melakar sejarah untuk Majlis berbuka puasa PTS dimana diadakan secara sederhana sahaja di rumah 142 Jalan Tabah Rawang .Dihadhiri semua keluarga dan juga Pak Anjang Lokman dan isteri, Abang Uda Majid ,isteri dan anak serta.....maaf ya tak ingat juga abang Baharudin dan anak laki lakinya. Berbuka puasa , Salat Magrib , Isyak dan Tarawikh. Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

06.08.2010 Jaam balik dari Penang hari menaiki bus express ka Jalan Duta. Malam nya kami bersama Jos ambil dekat stesyen bus. Zahryn pun ikut sama ambil ayah Anjang nya.

07.082010 pula ada doa selamat di rumah 142 Rawang . Meriah juga dengan adik adik ,anak ,menanntu dan cucu masing masing.Besar juga lah keluarga ni jika berkumpul.

09.08.2010 Hari Isnin pula Jaam dah nak balik.Kami hantar Jaam ka KLCCT naik flight pukul 9 pagi kerana ada kerja hari itu juga.JJ bawa keretanya yang baru di perbaiki. Lepas hantar Jaam dalam perjalanan balik singgahkan pula Afiq kat apartmentnya berdekatan dengan kolej MSU.
Anak bongsu ni ada exam pukul 12.00tgh. Best of luck .

Kemudian pulang terus kerumah.Sampai saja kat rumah Jaam dah telepon beliau telah sampai kat Penang. Ini menyebabkan seseorang berfikir tentang masa , tenaga dan wang , cuba fikir fikirkan !!!!!!!!!!!! Subhanallah Alhamdulillah semua dah selamat sampai.

Kereta JJ masuk workshop?

Assalamualaikum ,

Dah lama tak update blog ni dengan blog lain. Ada pula cerita JJ hantar kereta ka di workshop kawan nya hendak memperbaiki kerosakan kereta nya .Owner bengkel (kawan JJ)tu bawa le kereta nya ka Shah Alam untuk mengetahui kerosakan sebenar melalui computer kerana dibengkel nya sini tiada kemudahan tersebut. Dalam perjalanan melalui Guthrie Highway kereta tu pecah pula dryshaft nya tak boleh jalan .Dipendekkan ceritanya ia bercadang nak repair kerosakan lain dulu tapi dah kena dua kerosakan. Syukurlah yang bawa kereta tu owner bengkel tu beliau tahu apa nak buat. Beliau beli barang di Shah Alam dan tukar semula spare part tu pada kereta JJ yang tersangkut kat highway tu .Kemudian beliau pergi ka Shah Alam untuk kaji kerosakan asal tu bunyi bergegar dan bising. Computer menunjukkan tiada kerosakan.
Kedua dua Owner bengkel pun pelik untuk diognose kerosakan.Bawa balik kereta ke Rawang .Kebetulan ada pula kereta yang sama jenis baru masuk bengkel.Beliau tukarkan sementara suspected part yang rosak tu ka kedua kereta untuk mengetahui kerosakan sebenar.
Alhamdulillah Allah Innakalabirmirsoad kereta ok dah di perbaiki. Berkat sabar itu separuh dari iman

Majlis Chukor Jambul Muhammad Zahryn


Alhamdulillah dah pun tamat Majlis tu ,Zahryn nak sambung tidor semula ya jangan marah!!!!.


Maaf le Atok tak sempat tukar baju melayu sibuk layan tetamu.


Mama ,Opah dan Mak Yong,( isteri yop Faizal), Atok Majid pun ada penambah seri majlis


Oh Atok Majid sudi gunting, terima kasih orang jauh ni !!!!!


Atok (penulis) gunting rambut Zahryn



Bersedia untuk cukur bukan cukur botak lagi le nanti papa cukur betul ya


Cukur jambul, Zahryn ni pandang aje !!!!!!


Kumpulan Merhaban Country Home


Sebahagian tetamu yang hadhir


Dah jaga pun bila tengok Papanya ( Jos)


Lena nampaknya Zahryn ni walaupun orang tengah merhaban tu


Nenda Amrina yang sibuk mencantikkan buaian ni tau!!!

Assalamualaikum dan salaam sejahtera .
Walaupun dah hampir dua tahun umur chuchu Atuk ni rasa nya tak terlewat atok masukkan gambar gambarmu dihari chukor jambul tu ia itu9.8.2009. Walau dah hampir dua tahun masih lagi dalam ingatan semua keluarga.

Majlis tersebut meriah sekali diadakan di rumah keluarga 142 Jalan Tabah Kampung Melayu Batu 16 Rawang. Di iringi dengan Kumpulan Merhaban Laki laki dari Country Home. Jamuan di masak sendiri oleh keluarga yang paling special ialah MeeHon Soup JJ.Pakar masak soup spcial. dan lain lain termasuk pulut kuning dan rendang Wan Uda Nani ( beliau ni ada jamuan selalu buat pulut kuning ).

Ramai tetamu yang hadhir terdiri dari keluarga murid murid yang menaiki bas Jos .Murid dari tahun satu hingga tahun enam.Aku amat gembira kerana sepupuku Abdul Majid Baharom ,isteri , dua anak perempuan dan menantu lelakinya sudi datang sama meraikan majlis yang sederhana itu.Ribuan terima kasih ku ucapkan .

Majlis diadakan pukul 3 petang dan tamat pada waktu asar lebih kurang pukul 5ptg.
Ribuan terima kasih ku ucapkan bagi pihak keluargaku untuk semua kakak, adik-adik dan iparku kerana sama-sama memberi sokongan pada majlis tersebut.