Kelana Perantau

Corat coret Perantauan Penulis bagi mengisi masa terluang.

Majlis Perkahwinan anak sulong Hjh. Faridah

Jos and Family
Dr Rosma,Chik, Lin,wahab,Suha dan Penulis


Hai tengok pengantin ke Uda Mat dan Jos tu

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini menghadhiri majlis perkahwinan anak Hjh Faridah sepupuku. Ia itu anak Pak Anjang Tajuddin bin Said.Kami berkonvoi dari Rawang ka Shah Alam.
Biasalah saudara saudaraku keluarga Osman bila menghadhiri sesuatu majlis perkahwinan bersama sama.
Ini akan mengeratkan silaturrahim. Dimajlis ramailah jumpa saudara mara. Mak Anjang dan Hjh Faridah ni memang close dengan kami terutama isteriku dimasa mudanya. Isteriku yang dipanggil kak Chik ni pun memang suka dengan Faridah saperti adiknya semasa mereka masih belajar di......
Mak Anjang pernah pergi ka asrama isteriku ini di UTM Jalan Gurney.Masa itu Mak Anjang bersama kawan nya.
Salepas perkahwinan masing masing jarang berhubong. Maklumlah kami jauh merantau ka sebelah Utara dan sebuk dengan pekerjaan dan anak anak kecil.

Alhamdullillah berjumpa semula.

Gambar sekitar majlis akan di upload kemudian kerana sekarang tengok World Cup pula.

Jamuan Harilahir Nasuha Hamdan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Jos membawa kami kerumah nya diRawang. Sampai di rumah kami terkejut rupa nya Ryn (Nur Jasmeen Erene - menantu) sibuk membuat pulut panggang. Rupanya ada bakat terpendam selain lemang ,rendang dan berbagai lagi termasuklah pulut panggang ini.

Persediaan untuk jamuan menyambut hari lahir Nasuha Hamdan (anak Amrina- adik ke 9 penulis). Jamuan di adakan di rumah keluarga 142 Jalan Tabah Rawang. Setiap kali keramaian keluarga di sini lah kami berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim. Aku bersyukur kapada Illahi yang Maha Esa ,keluarga ku telah berkumpul semula.

Segala musibah itu ada hikmah di sebaliknya.Tahun yang lalu biar berlalu dan eratkan lagi silaturrahim keluargaku keluarga Osman Said .

Banyak juga juadah yang di sediakan ,tetapi yang paling seronok apa lagi Zahryn cucuku itu lah.
Asyik main saja malam nya lena tidur.

Gambar akan di update kemudian.

Ayat AlQuran Sebagai Penawar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tiap tiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Allah turunkan AlQuran kapada Rasullullah S.A.W sebagai penawar bagi orang yang sakit zahir dan batin disamping perubatan Islam dan perubatan moden. Herba yang dihasilkan dari berbagai jenis tumbuhan yang Allah jadikan juga sebagai ubat dan penawar.

Saya turunkan ayat yang dapati dari program Usrah Astro Oasis yang disampaikan olih Dr.Fatma Al Zehra.

1.Doa baca bila kita sakit iaitu Surah AlMulk ayat 15.

Ada 6 ayat dari 6 Surah ayat AlQuran adalah di baca sebagai Ayat Penawar Sakit.

1.Surah At-Taubah ayat 14.
2.Surah Yunus ayat 55.
3.Surah AnNahl ayat 69
4.Surah Al-Isra' ayat 82.
5.Surah As-Syuara' ayat 80.
6.Surah Fusilat ayat 44.

Sama samalah kita membacanya sebagai penawar dan berdoalah agar penyakit yang kita hadapi di sembohkan Allah.Allah sahaja yang boleh menyembohkan kerana tiap sesuatu itu ada hikmahnya

Sekitar Majlis Harijadi Jaam dan Qiran


Tarikh kelahiran sama 27 Mei Jaam & Qiran
(Mohd Jaamia' Qaadir bin Mohd Badrin), Qiran (Mohd Syaqiran bin Roslan) Qiran adalah sepupu Jaam iaitu anak NorAzian Osman ( Adik ke7 penulis )
Majlis diadakan secara sederhana , Solat berjamaah Magrib ,Isya' disusuli bacaan Yassin dan Tahlil di rumah Azian.

Ramai juga keluarga ni .Minta maaf ya ada lagi photo saudara yang tak dapat upload.

Zahryn Papa & Mama melawat Atok &Opah


Zahryn 2010 dah pandai jalan hero le tu


Gambar Hari Raya 2009
Berdiri: Atok, Ayah Su , Aya
h Alang, Ayah Angah, Papa Zahryn le.
Duduk: Opa
h ,Ayah Anjang ,Mama dukong meriba Putera Mohammad Zahryn

Rupa nya Zahryn papa mama datang lawat atok ya.Dah pandai jalan ni apa lagi seronok nya. Suka sangat naik turun tangga tu.Bila JJ( Ayah Alang )nya balik dari business ia terus kejar kepintu. Manja dengan bapa saudara saudaranya .

Jaam jauh di perantauan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jaam telah memulakan perjalanan ka Penang USM pada hari Selasa 29.06.2010 pada pukul 1.00 tgh hari . Beliau melanjutkan pelajaran PHD di sana. Masa ini ia akan bekerja dibahagian R&D di USM ( Research Officer- RO ).Kami doakan agar cita-citamu tercapai dan mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.


Ayah ibu sentiasa disisi semua anak anak nya .Dimana juga anakku berada ingatlah Allah ayah dan ibu.

Sekitar gambar Konvo Jaam.


Penulis bersongkok Hitam berbaju Melayu hai orang kuat LHDN di Majlis tu le..


Majlis Konvo Oleh LHDN Taiping


Jaam masa kecilnya




Majlis Konvokesyen UITM Shah Alam

Hai berseri seri Am ya maklumlah bukan senang nak study untuk dapat 1st class degree.
Semua keluarga ucapkan tahniah pada mu saya .Semoga ini pendorong kapada adik mu untuk berjaya.Ayah ibu sentiasa mendoakan kejayaan anak anak nya untuk dunia dan akhirat.
Lepas ini sambung PHD di USM Penang atas tajaan biasiswa Program Tenaga Pengajar Muda untuk UITM .Melompat nampaknya Jaam ni express lah .Syukur pada Allah atas kejayaan anankku .

Penulis akan memsukkan cerita kejayaan anak lain bila masa terluang.