Kelana Perantau

Corat coret Perantauan Penulis bagi mengisi masa terluang.

Jaam jauh di perantauan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jaam telah memulakan perjalanan ka Penang USM pada hari Selasa 29.06.2010 pada pukul 1.00 tgh hari . Beliau melanjutkan pelajaran PHD di sana. Masa ini ia akan bekerja dibahagian R&D di USM ( Research Officer- RO ).Kami doakan agar cita-citamu tercapai dan mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.


Ayah ibu sentiasa disisi semua anak anak nya .Dimana juga anakku berada ingatlah Allah ayah dan ibu.

Sekitar gambar Konvo Jaam.


Penulis bersongkok Hitam berbaju Melayu hai orang kuat LHDN di Majlis tu le..


Majlis Konvo Oleh LHDN Taiping


Jaam masa kecilnya




Majlis Konvokesyen UITM Shah Alam

Hai berseri seri Am ya maklumlah bukan senang nak study untuk dapat 1st class degree.
Semua keluarga ucapkan tahniah pada mu saya .Semoga ini pendorong kapada adik mu untuk berjaya.Ayah ibu sentiasa mendoakan kejayaan anak anak nya untuk dunia dan akhirat.
Lepas ini sambung PHD di USM Penang atas tajaan biasiswa Program Tenaga Pengajar Muda untuk UITM .Melompat nampaknya Jaam ni express lah .Syukur pada Allah atas kejayaan anankku .

Penulis akan memsukkan cerita kejayaan anak lain bila masa terluang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pada hari Ahad 26 Jun 2010 Baru ni berlangsungnya majlis pertunangan anak saudara penulis ( anak Roslina dik no 3 ) dalam keluarga Osman Said. Cicit Tok Said lah ni.Bertunang dengan orang Perak juga le kome iaitu Medan Gopeng Ipoh.

Meriah juga lah di kediaman rumah keluarga di 142 Jalan Tabah Rawang. Majlis dihadhiri keluarga dan jiran terdekat saja tapi meriah nya maklumlah keluarga penlis boleh dikatan ramai juga sepuluh orang ada beradik anak dan cucu.

Gambarnya akan teman update kemudian .

Coretan Untuk Jos , Ryn dan Zahryn


Sepupu Ryn meriba Putera Zahryn di Majlis kesyukuran dah satu tahun umurnya


Umur enam bulan rasanya Putera Muhammad Zahryn ni !!!

Assalamualaikum .Doa dari keluarga semoga perniagaan pengankutan bertambah maju dan murah rezki. Jos ( Mohd Josryn ) mempunyai bas sekolah sendiri walaupun beliau juga Diploma Chef saperti adiknya ditambah dengan kemahiran mengecat kereta dan service kereta tetapi beliau lebih berminat menjalankan perniagaan pengangkutan murid sekolah.

Beliau gembira dengan kerjanya sama sama kita berdoa semoga tidak ada lagi ibu bapa yang selalu menanggohkan pembayaran tambang bulanan. Sikap segelintir ibubapa yang tidak perihatin akan kerja yang mulia Jos menghantar anak anak mereka ke sekolah walaupun di hari cuti.Beliau ni selalu mempunyai sifat kesian kapada pelanggan nya yang menyebabkan kadang kadang mungkin ada yang mengambil kesempatan dengan kebaikan ini.

Beliau ni di sokong dari isteri tercinta Ryn ( Nur Jazmeen Erene ). Beliau bijak dalam menguruskan keluarga .

Nanti kita update dan upload gambar busnya.










Sekitar Konvo


Jos & JJ di hari Konvokesyen AMKM

JJ & Jos di hari Konvokesyen AMKM


Jp & JJ di pantai Teluk Cempedak


Jos & JJ masa kecil di TI

JJ adalah nama singkatan anak ke tiga Mohd Jayraimee. Beliau ni memang lah suka berniaga .Walau pun mempunyai Diploma Chef dan berpengalaman dalam penyediakan makanan terutama Western Food. Beliau pernah bekerja di Hotel tetapi disebabkan minat dalam perniagaan sendiri dan tak suka makan gaji.

Beliau menjalankan perniagaan sendiri dengan memandu Lori Luton jenis Suzuki.Pernigaan ini amat meyeronokkannya. Beliau menjual burger,wedges dan lain western Food. Beliau berniaga dikawasan persekolahan.

Sekarang beliau menjalankan

Menemani Jaam Ka USM Penang



Assalamualaikum.Anak anak ku termasuk menantu dan cucuku kasih sayang yang tak terhingga rasanya. Bersyukor pada Allah kerana dikurniakan lima orang anak dan menantu serta cucu yang yang begitu manja. Kalau tak jumpa dalam seminggu rindu betul dengan Zahryn ni.

Pada 21 Mei 2010 kami telah pergi ka USM menemani Jaam anak ke empat untuk perbincangan nya dengan Supervisornya Dr Ishak dalam mengendalikan perojek Kanser dengan Makna. Masa itu juga beliau mencari penginapan untuk disewa kerana beliau akan menyambungkan pelajaran keperingkat PHD. Kami hanya satu malam sahaja menginap di Penang kerana beliau terlalu sibuk bagi persediaan memulakan perojek tersebut bermula 1 Julai 2010 ini.

Dipanjatkan doa kapada Allah semoga kesemua keluarga ku di rahmati Nya dan menjadi orang orang yang Berjaya dengan Cemerlang,Beriman ,Bertakwa, Berilmu dan Beramal Solleh.(Bc4bs).
Kami penginap di Anggerik Loging berdekatan Usm. Menginap untuk satu malam sahaja untuk menyelesaikan beberapa perkara Jaam.


Coretan ini saja akan update bila kelapangan.

Ayat suci penawar hati

Membaca Al-quran boleh menenangkan hati dan menyembohkan penyakit jiwa.
Doa Pelindong bagi mengelakkan angin akhmar.

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…